Sekitar Perkahwinan William & Kate


LOS ANGELES: Perkahwinan umpama dalam kisah pari-pari antara Putera William dan Kate Middleton semalam memukau dunia dengan kira-kira dua bilion orang di seluruh dunia turut menonton dan meraikan majlis berkenaan.

Di sebuah pub terkenal di Sunset Boulevard, Hollywood yang dihiasi Union Jack dengan model Kate dan William diletakkan di depan pintu masuk, 300 pengunjung terpaku di depan televisyen bagi menyaksikan majlis itu.
Sumber- mymetro
LONDON 29 April - Dengan senyuman tenang sambil menyarung sebentuk cincin perak di jari manis kiri Kate Middleton, Putera William hari ini sah bergelar suami dalam satu upacara gilang gemilang yang diadakan di Gereja Westminster Abbey, tengah London hari ini.

Penyatuan dua jiwa melalui ikrar perkahwinan yang dilafazkan kira-kira pukul 6.25 waktu Malaysia itu turut disaksikan lebih dua juta penonton di seluruh dunia dan dihadiri kira-kira 1,900 tetamu diraja di gereja tersebut.
cuiman pertama yang dinanti-nantikan oleh rakyat jelata
cuiman yang kedua
Akhir kata semoga will dan kate berbahagia sehingga akhir hayat 

2 comments:

Shafiq Hashim said...

Tdi ade di Ntv7..Siaran Ulangan sy bru tgok..cantik gmbr2 nie

adan said...

tiada lagi cerita dongeng buat kate kan..

Copyright Reserved by Roslina