Skuad
bawah 23 tahun (B23) Malaysia bangkit daripada ketinggalan seawal minit kelima
untuk membenam Indonesia 4-3 menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat
1-1 pada perlawanan akhir acara bola sepak Sukan Sea 2011 yang panas dan
mendebarkan di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.
Sorakan
dan provokasi yang dilaungkan lebih 100,000 penyokong fanatik skuad Garuda di
stadium itu tidak sedikit pun melemahkan semangat anak buah jurulatih Ong Kim
Swee, Kapten pasukan Malaysia.
Badrol
Bakthiar menjadi wira Harimau Muda selepas menjaringkan sepakan penalti
terakhir dalam perlawanan tersebut yang meremukkan hati berjuta-juta rakyat
Indonesia.
1 comments:
yeah malaysia menang! :)
Merlin Musim 4 di TV3
Post a Comment