JOHOR BAHRU:
“Semua itu tidak benar! Anak saya masih meneruskan pengajian di tahun akhir
dalam bidang perubatan,” kata Sabariah Hassan, 52, ibu pelajar genius, Nur
Amalina Che Bakri.
Sabariah
berkata demikian ketika mengulas dakwaan anaknya gagal dalam pengajian kerana
mengamalkan gaya hidup bebas seperti tersiar dalam sebuah blog dan kini
tersebar luas di Internet termasuk menerusi laman sosial facebook.
Menurut
Sabariah, Nur Amalina, 23, yang menuntut di Universiti Edinburgh, Scotland,
United Kingdom (UK) baru menamatkan pengajian dalam bidang farmakologi dan kini
meneruskan pengajian dalam bidang perubatan di tahun akhir.
“Nur Amalina sedang menjalani latihan praktikal di sebuah pusat perubatan di
sana (UK) dan dijangka menamatkan pengajian pada Mei 2013 sebelum kembali ke
Malaysia.
“Malah, dia kini bertungkus-lumus menyiapkan sebuah buku perubatan yang akan
dijadikan rujukan kepada pensyarah, pelajar dan pengamal perbuatan. Buku itu
dalam proses akhir untuk disiapkan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. SUMBER- mETRO











0 comments:
Post a Comment