Pemakaian perkabungan bukan paksaan malah untuk menunjukkan taat setia rakyat kepada (Almarhum) baginda



semalam tengah2 tengok berita tv3..tiba2 kuar satu berita tentang pemakaian perkabungan bukan paksaan malah untuk menujukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada (Almarhum) baginda..terkejut gak..sebab kawan ayah ina cakap kal0 xpakai pakaian berkabung nanti kena saman...emm..nie mesti ader pihak yang cuba ambik kesempatan...macam manusia zaman sekarang..duit punya pasal sanggup buat aper saje..xkira halal or haram janji duit masuk poket...untuk mendapat bukti bahawa betul bukan paksaan untuk pakai pakaian perkabung..ina search dekat internet..kira betul la apa yang ina dengar kat berita semalam..lebih lanjut baca artikel kat bawah yer...



JOHOR BAHRU: Pemakaian pakaian perkabungan di kalangan rakyat Johor berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lalu, adalah secara sukarela dan tiada unsur paksaan, kata Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Sehubungan itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya khabar-khabar angin yang mengatakan mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan akan dikenakan tindakan seperti denda atau ditangkap.

"Baginda (Sultan Johor Sultan Ibrahim) telah meminta saya untuk menyatakan bahawa pemakaian perkabungan itu adalah secara tulus ikhlas daripada rakyat dan tiada sebarang unsur-unsur paksaan.

"Pemakaian perkabungan itu adalah untuk menunjukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada (Almarhum) baginda dan adalah dilakukan secara tulus ikhlas," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim merasa terkilan dengan penyebaran khabar-khabar angin itu kerana Tuanku amat prihatin kepada keadaan rakyatnya dan tidak mahu menimbulkan sebarang kesusahan kepada mereka.

Abdul Rahim berkata, penyebaran khabar-khabar angin itu bertujuan untuk memburuk-burukkan Sultan Johor.

"Ia tidak masuk akal dan tidak benar (dakwaan tentang tindakan terhadap mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan)," katanya.

Beliau berkata, pakaian perkabungan bagi lelaki Islam di Johor adalah songkok yang berlilit kain putih selebar 5.0 sm manakala bagi wanita Islam pula adalah dengan memakai tudung putih.

Bagi rakyat Johor yang bukan beragama Islam pula menurutnya, mereka boleh mengenakan lilitan kain hitam selebar 7.62 sm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.

Tempoh pemakaian perkabungan katanya, adalah selama tujuh hari bermula dari tarikh kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lalu.

Abdul Rahim turut menjelaskan bahawa penutupan pusat hiburan di Johor dan pembatalan permainan adalah hanya pada hari pemakaman Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu lalu.

Beliau juga berkata, gelaran Sultan Johor kini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Bagi "royal consort", gelaran yang diperkenankan ketika ini adalah Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Bagi Raja Muda Johor, beliau berkata, gelaran yang diperkenankan adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Mengulas tulisan di dalam sebuah blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar, beliau yang tidak membacanya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengenainya.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 25 laporan polis daripada mereka yang marah dengan tulisan blog terbabit dan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat serta mengheret pihak yang bertanggungjawab ke mahkamah. - Bernama

post signature

8 comments:

Unknown said...

kenapa lahh ada je orang yang nak sangat buruk2kan pemerintahan sultan johor ni??aku sbg rakyat johor sedihlah benda2 camni..pasal penulis blog tu..tengok,sultan johor pun serahkan je pada polis..baginda tgh sedih lagi kott..haihh..tak payah lahh kan ada org nak sebar2kan benda buruk2 yang tak betul ni semua..

Suraya I. said...

mknenye ade ura ura yg kate org kene saman sbb x berkabung tu btul ke x ek?
kalo btul mmg sah2 org cube ambik kesempatan la tu..

AMOI KUSUT said...

s'bnr nyew pemakaian tdg putih
dan s0ngk0k yg b'lilit putih
adl xwajib kn..
tp sape punye mulut laa yg ckp wajib.
ade yg kene denda dgn org yg amik kesempatan..
xpatut lgsg.

dfsdf said...

SuRayA^: 2 la...trkejut gak ader org ckp kena sman kal0 xpakai...

dfsdf said...

LIEZ:2 yang diumum kat berita semalam..tah ade gak pihak yang nak ambik kesempatan dalam hal2 mcm nie..tah pe2 dia org nie..

black_mel said...

thnx sbb bgtau...

Frodo Baggins said...

tu wa rasa dlm hal ni
ada jer org nak burukkan almarhum sultan ..
sedangkan xder mende pown!!
org skrg cam dah xder rasa hormat da
dgn institusi beraja ...
Sultan ismail skank ni pown
masih berkabung ....

takziah buat org johor

Steven said...

Thank you foor sharing this

Copyright Reserved by Roslina