Azri Abdullah mangsa simbah asid


semalam 1st time rasa nya tengok bersamamu sampai habis.memang tersentuh apa yang telah berlaku kepada Azrin.Simbahan asid yang telah menyebabkan kedua-dua belah matanya buta serta tidak dapat berjalan seorang diri kerana tidak dapat megimbangi diri nya.Nasib Azri begitu baik kerana masih mempunyai rakan yang sanggup membantunya dari segi perubatan,memberi makan,minum sehinggakan snaggup berhenti kerja bagi menjaga Azri.Kesimpulannya disini masih ada lagi kawan seperti itu di dunia ini??Apa yang berlaku kepada Azri merupakan satu pengajaran untuk kita semua.ingin mengetahui lebih lanjut sila baca dibawah..

ALOR STAR: Ekoran berebutkan geran motosikal arwah suami, seorang ibu berusia 58 tahun, menyimbah anak lelakinya dengan asid.


Perbuatan ke atas Encik Azri Abdullah, 42 tahun, itu turut disertai adik lelaki mangsa.

Mangsa kini cedera parah di seluruh muka, kedua-dua tangan dan dada.

Beliau malah berkemungkinan buta seumur hidup ekoran kejadian yang berlaku sekitar 3 petang pada 22 Disember lalu.

'Hang (awak) tengok la apa depa (mereka) dah buat kat aku,' kata Encik Azri kepada adik perempuannya, Cik Aniza Abdullah, 38 tahun, sambil menunjukkan kecederaan dialaminya dalam kejadian di Kampung Jarak Atas, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Ketika ditemui, Cik Aniza berkata, sebelum kejadian, Encik Azri bertandang ke rumah ibunya untuk mendapatkan geran motosikal milik bapa mereka, Allahyarham Man, yang meninggal dunia Ogos lalu, selain membincangkan mengenai harta keluarga.

Cik Aniza, yang kebetulan datang ke rumah ibunya sejurus kejadian itu terkejut apabila melihat keadaan abangnya yang disimbah asid.

'Ketika itu saya lihat beliau merintih kesakitan dan meminta pertolongan ibu saudara kami bersebelahan rumah ibu.

'Saya juga terkejut melihat keadaannya yang parah dengan mukanya pucat seperti mayat, kulit menggelupas dan tertanggal di muka serta badan manakala bajunya pula hancur,' katanya ketika ditemui kelmarin.

Cik Aniza, anak ketiga daripada enam beradik, berkata beliau bertanya kepada Encik Azri apa yang berlaku dan diberitahu ia angkara ibu serta adik lelaki mereka sendiri.

Selepas kejadian, Cik Aniza tidak nampak kelibat ibu serta adiknya di rumah kerana mereka dipercayai sudah melarikan diri.

Cik Aniza bersama suaminya kemudian membawa Encik Azri ke hospital.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Penolong Pesuruhjaya Zulkifli Alias, ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Beliau berkata, polis menahan ibu dan adik lelaki mangsa, 27 tahun, pada hari kejadian dan kedua-dua mereka direman seminggu. -- Harian Metro.


post signature

3 comments:

Lucy S. said...

ya Allah. ada jgk ibu & adik sanggup buat camni kat darah daging sndr kan. mintak jauh la drp semua ni.

Unknown said...

hesh
what are they thinking when she do like this ek??
ades2

::cikjuju::◕‿◕ said...

owg skung main asid2 plak..hadtoiii

Copyright Reserved by Roslina