Doa temu jodoh

Hari ni ina tak dapat nak update blog sebab kepenatan baru sampai Kelantan..HIHIHI bercuti sebelum mula sem baru.. J dah alang- alang ina dah di kelantan jadi nak kongsikan sedikit informasi tentang sultan kelantan.
KOTA BHARU: “Saya kini berdoa, insya-Allah Tuhan akan makbul,” titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V ketika menjawab soalan bila baginda akan memiliki permaisuri, sekali gus membayangkan Kelantan bakal mempunyai Raja Perempuan.

Baginda bertitah demikian pada sidang media khas di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini, petang kelmarin, yang pertama kali diadakan sejak dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. 

Sidang media itu memberi peluang kepada wartawan bertanyakan pelbagai soalan termasuk mengenai Yayasan Sultan Kelantan yang akan dilancarkan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, esok.

Baginda bertitah, dengan berkat doa rakyat dan pembesar negeri, persoalan berkenaan boleh menjadi kenyataan.

“Insya-Allah dengan berkat doa tok guru, datuk (pembesar negeri), insya-Allah berjaya, (memiliki permaisuri),” titahnya sambil tersenyum.

2 comments:

Gary Asip said...

tahniah kepada baginda..=)

Nik said...

bukan baginda dah nikah ker.sebab dengar kata dia nikah ngan rakyat biasa.wife kedua dia baru la wife dia yg dr siam tu.

Copyright Reserved by Roslina