Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Pemakaian perkabungan bukan paksaan malah untuk menunjukkan taat setia rakyat kepada (Almarhum) baginda



semalam tengah2 tengok berita tv3..tiba2 kuar satu berita tentang pemakaian perkabungan bukan paksaan malah untuk menujukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada (Almarhum) baginda..terkejut gak..sebab kawan ayah ina cakap kal0 xpakai pakaian berkabung nanti kena saman...emm..nie mesti ader pihak yang cuba ambik kesempatan...macam manusia zaman sekarang..duit punya pasal sanggup buat aper saje..xkira halal or haram janji duit masuk poket...untuk mendapat bukti bahawa betul bukan paksaan untuk pakai pakaian perkabung..ina search dekat internet..kira betul la apa yang ina dengar kat berita semalam..lebih lanjut baca artikel kat bawah yer...



JOHOR BAHRU: Pemakaian pakaian perkabungan di kalangan rakyat Johor berikutan kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lalu, adalah secara sukarela dan tiada unsur paksaan, kata Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli.

Sehubungan itu, beliau menafikan sekeras-kerasnya khabar-khabar angin yang mengatakan mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan akan dikenakan tindakan seperti denda atau ditangkap.

"Baginda (Sultan Johor Sultan Ibrahim) telah meminta saya untuk menyatakan bahawa pemakaian perkabungan itu adalah secara tulus ikhlas daripada rakyat dan tiada sebarang unsur-unsur paksaan.

"Pemakaian perkabungan itu adalah untuk menunjukkan taat setia dan kasih sayang rakyat kepada (Almarhum) baginda dan adalah dilakukan secara tulus ikhlas," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim merasa terkilan dengan penyebaran khabar-khabar angin itu kerana Tuanku amat prihatin kepada keadaan rakyatnya dan tidak mahu menimbulkan sebarang kesusahan kepada mereka.

Abdul Rahim berkata, penyebaran khabar-khabar angin itu bertujuan untuk memburuk-burukkan Sultan Johor.

"Ia tidak masuk akal dan tidak benar (dakwaan tentang tindakan terhadap mereka yang tidak memakai pakaian perkabungan)," katanya.

Beliau berkata, pakaian perkabungan bagi lelaki Islam di Johor adalah songkok yang berlilit kain putih selebar 5.0 sm manakala bagi wanita Islam pula adalah dengan memakai tudung putih.

Bagi rakyat Johor yang bukan beragama Islam pula menurutnya, mereka boleh mengenakan lilitan kain hitam selebar 7.62 sm di lengan kiri atau memakai tali leher berwarna hitam.

Tempoh pemakaian perkabungan katanya, adalah selama tujuh hari bermula dari tarikh kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar pada Jumaat lalu.

Abdul Rahim turut menjelaskan bahawa penutupan pusat hiburan di Johor dan pembatalan permainan adalah hanya pada hari pemakaman Almarhum Sultan Iskandar pada Sabtu lalu.

Beliau juga berkata, gelaran Sultan Johor kini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Di Pertuan Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Takzim.

Bagi "royal consort", gelaran yang diperkenankan ketika ini adalah Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofia binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Bagi Raja Muda Johor, beliau berkata, gelaran yang diperkenankan adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim.

Mengulas tulisan di dalam sebuah blog yang didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar, beliau yang tidak membacanya menyerahkan kepada polis untuk mengambil tindakan mengenainya.

Semalam, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pihaknya telah menerima sebanyak 25 laporan polis daripada mereka yang marah dengan tulisan blog terbabit dan menubuhkan pasukan khas untuk menyiasat serta mengheret pihak yang bertanggungjawab ke mahkamah. - Bernama

post signature

MESTI BACA:adukataruna

satu tindakan berani yang dilakukan oleh adukataruna...
kal0 u all nak taw baca kat blog beliau sendiri



apa pendapat u all setelah baca entri beliau...yg pasti adakah mohon maaf nya di terima oleh rakyat johor dan kaum kerabat di raja...

post signature

kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

berita tergempar tuk rakyat johor..nak taw lebih lanjut..baca artikel kat bawah ini:-

JOHOR BAHRU: Khabar sedih kemangkatan Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, di Hospital Pakar Puteri di sini pada jam 7.15 malam tadi disambut penuh dukacita seluruh rakyat. Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, membuat pengumuman itu secara langsung melalui televisyen kira-kira jam 11.25 malam tadi pada sidang media khas di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, di sini.


Berikutan kemangkatan baginda, Abdul Ghani memaklumkan bahawa perintah berkabung diisytiharkan serta-merta dengan bendera negeri dikibarkan separuh tiang bermula jam 6 pagi hingga 6 petang selama tujuh hari bermula dari tarikh pemakaman baginda, hari ini.


Terdahulu, katanya, Upacara Pemasyhuran Pemangku Raja, Tunku Ibrahim Ismail sebagai Sultan Johor akan disempurnakan di Istana Besar sebelum upacara pemakaman berlangsung.


Beliau berkata, bangunan kerajaan juga diarahkan mengibarkan bendera separuh tiang bagi tempoh sama manakala semua bentuk hiburan baik waktu siang, mahupun malam hari pemakaman diarah dibatalkan.


Selain itu, katanya, semua masjid dan surau juga perlu mengadakan tahlil dan bacaan doa terhadap roh Almarhum selepas solat Maghrib tujuh hari dari tarikh pemakaman itu.

“Semua kerabat diraja akan berkabung 40 hari, manakala rakyat jelata akan berkabung tujuh hari dari tarikh pemakaman,” katanya yang mengumumkan hari ini sebagai cuti umum bagi Johor.


Abdul Ghani berkata, jenazah Almarhum akan disemayamkan di Dewan Besar, Istana Besar Johor bagi membolehkan diziarahi rakyat jelata dari jam 9 pagi hingga 10.30 pagi ini, manakala orang kenamaan antara jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.


Katanya, jenazah Almarhum akan diarak ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, dekat sini, pada jam 1.20 tengah hari dan dijangka dimakamkan pada jam 2 petang.


Menurutnya, peraturan berkabung seperti digariskan kerajaan negeri ialah lelaki Melayu dikehendaki memakai tanda lilit putih selebar dua inci pada songkok hitam.


Katanya, bagi rakyat bukan Melayu, satu lilitan kain hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri bersama tali leher hitam dan bagi pasukan beruniform, lilitan kain hitam selebar tiga inci perlu dipakai di lengan kiri.


Menurutnya, bagi wanita Melayu, mereka dikehendaki memakai tudung putih, manakala perempuan bukan Melayu memakai lilitan kain hitam selebar tiga inci pada lengan kiri.


Bagi menghadiri upacara pemakaman pula, orang ramai perlu memakai kain putih selebar dua inci pada songkok hitam dan berbaju Melayu Teluk Belanga hitam bagi lelaki Melayu manakala orang bukan Melayu pula dikehendaki memakai sut hitam bersama tali leher hitam selain kain lilit hitam selebar tiga inci dipakai di lengan kiri.



post signature

Copyright Reserved by Roslina