Pendakian ke Gunung Panti

Gunung Panti terletak beberapa kilometer dari bandar Kota Tinggi, Johor. Mempunyai ketinggian 513 meter atau 1,684 kaki dari paras laut.

      
Yang lina tahu terdapat dua laluan pendakian ke gunung panti :-
i) Kota Rainforest Resort
  • Lebih kurang 50 meter sebelum Kota Rainforest Resort korang akan nampak simpang dan ladang limau bali sebelah kanan jalan besar.
 ii) Kampung Lukut
  • Perjalanan ke hiking point agak jauh dari kampung lukut jadi korang kena naik kereta sampai ke ladang kelapa sawit.
  • Pendakian dari sini lebih senang berbanding Kota Rainforest Resort.
Pada 16 September 2016, lina dan keluarga mendaki di Gunung Panti. Kami memulakan pendakian melalui trail yang berhampiran Kota Rainforest Resort (KRR).

Disebabkan kawasan menuju hike point Gunung Panti agak sunyi, kami mengambil keputusan meminta kebenaran guard di KRR untuk park kereta di kawasan tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak diingini berlaku.

Dari KRR kami berjalan menuju hike point Gunung Panti. Dalam 10-15 minit berjalan, kami dihendaki cross anak sungai atau "monkey brige". Sebaik sahaja cross anak sungai terdapat kawasan lapang.


Dari sini kami hanya mengikuti track yang tersedia.

Perjalanan yang mengambil masa 1 jam lebih akhir hampir sampai kemuncak.

Tapi 50 meter sebelum peak Gunung Panti Barat lina dihendaki memanjat batu "rock climbing" 90 darjah.


Akhirnya setelah hampir 2 jam kami berjaya menamat kan misi Gunung Panti


Tip penting ketika pendakian Gunung Panti :-
i) "Water point" atau punca air
  • Tiada jika melalui trail dari KRR
  • Kg Lukut hanya di awal pendakian terdapat jeram 
ii) Untuk keselesan lebih baik memakai long sleeve dan juga seluar panjang. 
iii) Gunung Panti juga terkenal dengan pacat "leach", jadi sila pakai stoking panjang  
iv) Kawasan Gunung Panti sebenar nya agak luas jadi korang boleh buat pilihan sama ada mahu mengunakan track yang korang naik untuk turun atau turun mengunakan track satu lagi, yang mana korang akan turun melalui Kg Lukut.   
Perjalanan melalui Kg Lukut mengambil masa lebih dari 2 jam   
Jadi diingatkan disini jika mahu turun mengunakan track Kg Lukut make sure korang ada park kereta di kawasan kelapa sawit, bagi mengelak jalan kaki menuju ke jalan besar lebih dari 1 jam dan 10-12 kilometer dari Kg Lukut ke KRR.



11 comments:

Unknown said...

salam tumpang tnya...perlu permit ke utk mendaki gunung panti.

hussine sempryte said...

Perlu apply

Rini said...

takde citer2 mystik ke? dgr2 gunung nie paling "mystik" kat johor.

dfsdf said...

@Hafiz Nordin sorry for the late reply, if masuk ikut kota rain forest tu tak payah apply permit.

dfsdf said...

@Rini

time naik takde berlaku apa2 yang pelik pun

sally19892 said...

Ye ke?

sally19892 said...

Ye ke?

Anonymous said...

Hi I want to apply permit and get a guide for 10/3/18 can anyone pls assist from Johor Bahru

Unknown said...

Salam and Hi, I want to apply permit and get a guide for 20/4/19 can anyone pls assist from Johor Bahru

Bram said...


cara mengatasi hp lemot

Wondlif said...

Artikel yang bagus kak, coba kakak daftarin blognya ke Google AdSense untuk mendapatkan penghasilan tambahan.

Copyright Reserved by Roslina